Bantuan Kewangan Khas COVID-19

RM830 of RM50,000 raised

#benderaputih #whiteflag

1. Untuk makluman, Jawatankuasa Pertubuhan Alumni SDAR 0105 (SDAR 0105) telah bersetuju untuk menjalankan Program Bantuan Khas COVID-19 Dari MERANTI untuk MERANTI.

2. Bantuan Khas COVID-19 ini adalah secara ONE-OFF dan ianya terbuka kepada mana-mana MERANTI 01’5 dan ahli SDARA 0105 yang terjejas disebabkan pandemik ini. Bantuan akan diberikan samada dari segi barangan atau kewangan, bergantung kepada keperluan yang diperlukan masing-masing.

3. MERANTI 01’5 yang memerlukan boleh berhubung dan berbincang terus dengan Dr. Ahmad Akmal di mana beliau akan meneliti dan berbincang bersama Jawatankuasa SDARA 0105 bagi memastikan nilai bantuan yang akan diberikan.

4. Program bantuan khas COVID-19 ini juga amat mengalu-alukan kepada mana-mana individu atau MERANTI 01’5 yang ingin turut sama menghulurkan bantuan bagi program ini. Bantuan boleh disalurkan terus kepada akaun SDARA 0105 melalui pautan khas yang akan diberikan kelak di atas nama BANTUAN KEWANGAN KHAS COVID-19.

5. Program ini dijangka akan berterusan sehingga Disember 2021 bergantung kepada dana bantuan yang ada. Sekiranya masih terdapat lebihan dana untuk program bantuan ini, pihak SDARA 0105 akan cuba untuk meneruskan program ini sehinggan tahun hadapan.

6. Semoga usaha bersama ini dapat sedikit sebanyak membantu MERANTI 01’5 yang terjejas. Moga ianya memberi manfaat buat setiap MERANTI 01’5 dan menguatkan lagi wasilah silaturahim yang telah terjalin sejak 20 tahun yang lalu.

Pautan: Borang Permohonan

Profil dan maklumat anda akan dirahsiakan dari orang ramai.

Dr Ahmad Akmal bin Abdul Rasid
Pengerusi SDARA 0105

RM
Personal Info

Donation Total: RM10.00