Bencana Banjir 2021

Memetik kenyataan daripada Yayasan SDARA, mereka turut prihatin dengan musibah yang menimpa masyakarat khususnya daripada kalangan Sdarians. Justeru itu, Yayasan SDARA menganjurkan dua inisiatif berikut:

1. Kutipan Derma

Kutipan derma bagi membantu mereka yang terkesan dengan bencana serta penyakit. Anda boleh salurkan sumbangan melalui pautan ToyyibPay dibawah.

2. Hulur Bantuan / Mohon Bantuan

Yayasan SDARA menyeru mana-mana Sdarians yang mampu menghulurkan tenaga untuk membantu kerja-kerja pembersihan pasca banjir agar dapat memberikan nama, no-telefon dan lokasi kediaman di dalam Google Form di bawah.

Bagi mereka yang memerlukan bantuan pembersihan, sila isi borang Google Form di bawah.

Sdarian semua boleh saling berhubungan terus melalui maklumat-maklumat yang dikongsi.

“Berilmu Untuk Berjasa”
Yayasan SDARA